ASAL-USUL DIKIR BARAT
Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.
Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan "Barat" ini bermakna Selatan Negeri Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada satu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara tidak langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, orang-orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.
Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupai. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat Pak Leh Tapang atau nama sebenaraya Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari Kampung Tapang. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubah permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah di dalam bentuk Dikir tanpa pantun.
Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaafar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat dikampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang menggubah dan menambahkannya dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.
PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-Persatuan Belia tempatan , badan-badan Kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu, "Dikir" dan "Pantun" atau "Dikir" dan "Karut". Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi "Dikir Barat", "Dikir Karut", "Dikir Pantun" dan "Dikir Syair" adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.
Tempat Bermain
Permainan Dikir Barat dimainkan di atas pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu. i) Bangsal atau pentas untuk pertunjukan dihari-hari perayaan atau majlis-majlis perkahwinan maka bangsal atau pentasnya diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki Pertunjukkan ini percuma dan semua penonton dapat melihat dari jauh. Biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa. ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran. Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permohonan ini dengan mengutip wang. Penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat menonton.
PERSEDIAAN ALAT-ALAT MUZIK
Rebana Ibu Dan Anak
Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu. Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya. Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu.
Tetawak
Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya.
Marakas
Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.
PAKAIAN
Didalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.
KUMPULAN AHLI-AHLI
Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
(i) Tukang Karut Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.
(ii) JuaraJuara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapio masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.
(iii) Awak-awakAwak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keaddda ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment