Muzik Dan Tradisi Kerohanian.
Berbicara mengenai muzik dalam Islam sebenarnya kita membicarakan satu unsur penting dalam traduisi kerohanian Islam. Bahkan mizik merupakan satu disiplin ilmu dalam perbahasan falsafah Islam. Di kalangan ahli sifi Islam, muzik adalah wahana penting dalam meningkatkan tingkatan kerohanian di samping membentuk jiwa yang lembut, kedamaian rasa dan ketenangan hati. Menurut Imam Ghazali, “keniknatan kerohanian diperolehi dengan perantaraan mendengar muzik.”
Menurut Al Ghazali lagi: “Hearts and innermost thoughts are mines of secrets and treasuries of precious stones. Within their confines are jewels which are sparks contained in iron and steel... And there is no other way of extracting their secrets except by the flint of ‘listening to muzik’ (as-sama’) because there is no means of reaching the heartsexcept through the portals of ears.”
Al Ghazali seterusnya berpendapat bahawa mizik dan nyanyian lebih penting dari sekadar membaca Al Quran sahaja. Dengan nyanyian dan muzik akan cepat mendatangkan ilham adn rasa “kedamaian” kerohanian. Dalam kitab Seribu Satu Malam ada dinyatakan muzik sebagai makanan dan ubat. Dengan demikian muzik mempunyai nilai sebagai penyembuh penyakit.
Al Ghazali dan pengarang kitab Seribu Satu Malam berpendapat demikian setelah memperhatikan betapa besarnya pengaruh izik dalam masyarakat. Bahkan, binatagn sendiri adpat merasakan keindahan muzik. Ada juga sebahagian ilmuan Islam menyifatkan mizik sebagai etos yang dapat menimbulkan suasana harmonis.Pendapat para ilmuan Islam bahawa muzik dapat menyembuhkan penyakit dibuktikan oleh pakar perubatan Barat melalui kaedah musikcal therapheutic iaitu cara perubatan yang dilakukan dengan muzik.
IbnuZailah (anak murid kepada Ibnu Sina ) pernah menyatakan muzik boleh mempengaruhi jiwa dalam dua bentuk iaitu bentuk fizikal dan seterusnya mempengaruhi bentuk kedua iaitu kerohanian dan jiwa manusia. Dikalangan ahli sufi terdapat ‘doktrin’ iaitu “mendengar muzik” merupakan jalan dalam memahami keindahan kerohanian Islam. Perjalanan kesufian seumpama ini cukup kaya dengan tradisi Islam sebagaimana dialamioleh kumpulan Ikhwan As Safa, Al Hujwiri (ahli sufi Parsi), Ibnu Sina, Jalaluddin Ar- Rumi dan lain- lain lagi.
Dikalangan ilmuan Islam pula ramai yang menulis karya- karya mengenai teori muzik, di antaranya Al Faribi melalui karyanya Kitab Al Musiqi Al Kabir yang merupakan sumbangan besar kepada pengajian teori muzik, Khalel Ibnu Ahmad (718-786 M) melalui teori muziknya Al khalel yang kemudiannya dijadikan buku teks mizik oleh berbagai universiti di Sepanyol. Al Khindi (809-873 M) menulis tujuh buah buku mengenai muzik dan telah disalin dalam berbagai bahasa Eropah. Sebetulnya, senarai ilmuan Islam yang menulis tentang teori muzik terlalu panjang dan tidak mungkin diperturunkan dalam tulisan yang agak ringkas, tetapi cukup untuk menyatakan bahawa hubungan muzik dan kerohanian Islam Cukup erat dan harmonis sekali.
(Shaharom TM Sulaiman,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment