Sunday, May 4, 2008

critical review

“Tanggapan Penggiat Seni Muzik Dan Pendidik Muzik Tentang Pengaruh Program Muzik Reality TV Terhadap Remaja Dan Pendidikan Muzik”

1.Berdasarkan kertas kerja yang ditulis oleh En Azam Dungun dan telah dibentangkan dalam Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia(musEd’05) yang bertajuk “Tanggapan Penggiat Seni Muzik Dan Pendidik Muzik Tentang Pengaruh Program Muzik Reality TV Terhadap Remaja Dan Pendidikan Muzik”.
Dalam kertas kerja ini beliau cuba membincangkan tentang pengaruh tanggapan penggiat seni muzik dan pendidik muzik tentang pengaruh program muzik reality tv terhadap remaja dan pendidikan muzik di sekolah.Beliau juga cuba menyelami apakah factor-faktor program ini menguasai masyarakat khususnya golongan remaja dan jika ada,persoalannya bagaimana situasi ini berlaku yang membawa kebaikan atau keburukan.
En Azam Dungun telah menggunakan pendekatan kualitatif dalam menyediakan kertas kerja seminar ini.Kajian ini lebih tertumpu dan berkisar kepada program-program reality TV yang berunsurkan muzik.
Permasaalahan kajian yang diutarakan oleh En Azam Dungun,sesetengah pihak menganggap program reality TV ini membawa banyak permasaalahn kepada remaja dan jika pengaruh ini menular dikalangan remaja sedikit sebanyak akan memempias kepada pendidikan muzik,inilah yang cuba dicungkil oleh En Azam Dungun.
Kajian yang dibuat juga bagi mendapatkan pendapat para penggiat seni muzik dan pendidik muzik tentang pengaruh program muzik reality TV terhadap remaja dan pendidikan muzik diSekolah.
Dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh En Azam Dungun tentang pengaruh program muzik reality TV terhadap remaja dan pendidikan muzik diSekolah tidak mendatangkan sebarang pengaruh yang negetif yang ketara kepada remaja dan pendidikan muzik,kesimpulannya pengaruh program muzik realiti TV terhadap remaja dan pendidikan muzik di Sekolah ini banyak membawa kebaikan kepada remaja dan pendidikan muzik secara sedar ataupun tidak.

2.Apa yang didapati dari hasil penulisan dan petikan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan oleh En Azam Dungun,beberapa saranan dapat kita lihat iaitu menurut Hazil Abdul Hamid (1990) berpendapat keluarga, rakan sebaya, media dan sekolah merupakan agen sosial yang terpenting. Sekolah merupakan agen sosial yang formal untuk memberi input-input tentang norma-norma penting yang perlu diketahui bagi setiap kedudukan atau keadaan di dalam masyarakat. Media Massa termasuklah media penyiaran merupakan agensi yang tak formal untuk pendidikan yang tak formal tetapi mempunyai pengaruh yang kuat.
Saranan yang kedua yang dapat kita adaptasi ialah kaedah dan strategi yang digunakan dalam Program Muzik Realiti TV boleh diperluaskan lagi dalam aktiviti-aktiviti lain di sekolah seperti pertandingan debat, bahas,berpantun dan sebagainya. Kaedah perlaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah banyak dijalankan mengikut kaedah program realiti TV. Ia menarik dan sambutannya baik kerana ia melibatkan penonton dalam persembahan, juri memberi ulasan yang baik dan pengacara memberi kupasan yang tepat. Suasana begini sangat baik dalam menajamkan minda dan keyakinan pelajar-pelajar sama ada yang menyertai pertandingan dan yang menonton.
Manakala aktiviti dua hala juga akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berani, yakin dan terpelajar. Pihak media penyiaran perlu menyiarkan secara langsung di TV aktiviti-aktiviti yang melibatkan remaja di sekolah seperti yang telah mereka siarkan Program Muzik Realiti TV yang lain agar keseimbangan antara hiburan dengan bidang-bidang yang lain.

3.Berasaskan kajian yang dibuat oleh En Azam Dungun saya bersetuju dengan dapatan yang diperolehi hasil kajian yang dilakukan oleh beliau.Apa yang dinyatakan dalam kajian tersebut “Tanggapan Penggiat Seni Muzik Dan Pendidik Muzik Tentang Pengaruh Program Muzik Reality TV Terhadap Remaja Dan Pendidikan Muzik”,banyak membawa kearah kebaikan tehadap pihak remaja dan pendidikan muzik.
Bagi menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh En Azam,di sini saya kemukakan beberapa isi tambahan bagi menyokong hasil kajian yang di lakukan oleh EN Azam.
Pada pendapat saya program realiti TV ini dapat menarik golongan remaja bagi memenuhi masa terbuang mereka dengan menyertai program-program yang dirancang serta yang diminati mereka.
Dalam penyertaan program yang berunsur kejadian sebenar ini dapat menjadikan seseorang remaja itu lebih bersahsiah tinggi dalam membentuk disiplin yang jitu. Ini kerana, melalui program realiti yang dianjurkan,para penonton akan dapat menonton pelbagai aksi mereka yang dirakamkan,ini secara tidak langsung para peserta akan menunjukan sikap atau perwatakan yang yang lebih baik dan di harapkan akan beterusan dengan perwatakan yang lebih baik ini sewaktu di luar kamera.
Terdapat juga program realiti TV muzik yang bercorak menguji minda, menyanyi, dan menari,ini akan dapat menghasilkan individu yang serba boleh,inovatif dan kreatif dalam pemikiran bagi menghasil corak persembahan yang membanggakan dan lain dari yang lain ,tidak semestinya terikut dengan corak persembahan yang lama atau stereotaip. Melalui program ini,selain dari bersaing sesama sendiri untuk memenangi pertandingan yang di sertai,individu juga dapat menajamkan penggunaan akal mereka selaras dengan peredaran masa.
Pengaruh kepada pelajar-pelajar sekolah terhadap pertandingan seumpama ini dianggap tidak mendatangkan kesan yang negetif,sebab mereka yang menonton rancangan realiti TV ini akan terpengaruh dengan sikap dan tindak tanduk yang baik dan tidak akan mendatangkan kesan-kesan yang negetif terhadap para pelajar.

1 comment:

madalynadahlby said...

Las Vegas, NV Casinos - Mapyro
Use these 제천 출장안마 simple and fun 제천 출장안마 map to find casinos in 서울특별 출장안마 Las 이천 출장마사지 Vegas, NV. See 아산 출장안마 maps, reviews, ratings and information for casinos in Las Vegas, NV,